Terma & Syarat
Borang Daftar ID Premium Homestay Malaysia
HOMESTAY MALAYSIA
Tanggungjawab
- Memperkenalkan sistem homestay agent kepada orang ramai yang berminat menjana pendapatan melalui kaedah komisyen daripada tempahan yang diperoleh.
- Memberi penerangan kepada OWNER untuk mengendalikan aktiviti promosi homestay, jualan dan komisyen tempahan.
- Menyediakan alat promosi dengan membangunkan laman web khusus untuk setiap homestay yang terlibat.
- Menjalankan aktiviti promosi bagi homestay-homestay yang terlibat dalam program.
PARTNER
Tanggungjawab
- Membuat bayaran tahunan sebanyak RM360 (RM360/tahun) bagi setiap satu (1) unit homestay sebagai bayaran servis Pemasaran Virtual.
- Menanggung kos perjalanan HM sebanyak RM1 untuk sekilometer (RM1/km) bagi setiap lokasi luar dari Selangor / Kuala Lumpur. Kiraan kilometer bermula dari Sepang untuk arah ke Selatan, Gombak untuk arah ke Pantai Timur, Rawang untuk arah ke Utara. Tidak termasuk tol.
* – RM1/km untuk homestay pertama,
– RM0.30/km homestay seterusnya untuk destinasi yang sama.
Cth:
Destinasi 1; Jarak Rawang ke Georgetown Penang, 325km (RM1 x 325 = RM325)
Destinasi ke-2 ; Georgetown ke Butterworth, 28km (RM0.30 x 28km = RM8.4)
Jumlah : RM325 + RM8.4 + Tol (RM32.80 x 2) = RM399
- Mempromosi alamat link / pautan URL Homestay berkenaan kepada orang ramai.
- Melayan pertanyaan (jika ada) dari bakal tamu yang ingin membuat tempahan.
- Berkomunikasi dengan OWNER untuk mengetahui jadual kekosongan homestay.
- AGENT akan memaklumkan kepada HM melalui whatsapp bukti pembayaran tempahan yang dibuat oleh TAMU.
* Sekiranya jumlah homestay bagi tujuan penggambaran melebihi
Manfaat
- Menerima komisyen 10% dari jumlah bayaran tempahan homestay
Kaedah
- Pilih dan cadangkan homestay sedia ada yang diminati, atau
- HM cadangkan dari listing yang sedia ada.
- HM akan berhubung dengan OWNER untuk rundingan lanjut.
- Bayaran tempahan homestay terus ke dalam akaun bank HM.
- HM akan membuat bayaran PENUH selepas ditolak komisyen kepada OWNER.
- HM akan membuat bayaran KOMISYEN kepada PARTNER.
HOMESTAY OWNER / OPERATOR
Tanggungjawab
- Memberi izin kepada HM untuk datang dan melakukan aktiviti penggambaran di Homestay.
- Memaklumkan tarikh kekosongan homestay untuk menerima tempahan.
- Mengemaskini maklumat berkaitan homestay untuk dimuatnaik ke dalam web.
Manfaat / Kelebihan
- Kos promosi anda pengiklanan sifar.
- Khidmat pengiklanan secara percuma dari HM dan Agent.
- Bayaran tempahan diterima PENUH sebelum tamu masuk menginap.
Penafian
- HM atau AGENT tidak berhak menafikan tempahan yang direct dibuat kepada OWNER.
- OWNER tidak